Thursday, December 15, 2011

Jalan Jalan ke Putrajaya..





3 Dec 2011, kitorg jln2 pergi ke Alamanda n Masjid Putrajaya.. Saje jalan2 lepas pantang.. Bawak baby Haziq g jalan ( Mummy yg sebenarnye nk g jln :p ).. Cuti skolah ni pun x kemana2.. Tu la tempat paling jauh kitorg pegi.. hmm.. x pe, InsyaAllah, Feb 2012, mummy n abah bwk anak2 g jln2 ye.. kita pegi tgk "kucing".. hehehehe..

Friday, December 2, 2011

Happy Anniversary ~5~



Pejam Celik, hari ni genap 5 tahun usia perkahwinan ku bersama suami tercinta.. Ada pahit, ada manis dalam tempoh 5 tahun ni..Namun semuanya berjaya ku lalui dengan hati yg tabah, ku tempuhi dengan hati yg cekal.. Alhamdulillah, Allah telah kurniakan aku sepasang anak yg comel sebagai pengukuh ikatan kasih syg antara aku dengan suamiku.. Semoga kebahagian ini menjadi milik kami hingga ke akhir hayat.. InsyaAllah..

Tuesday, November 22, 2011

Happy Birthday Abg..


Hari ni birthday suamiku yang tercinta.. lagi 2 years dah masuk 4 series la abg.. huhuhu.. Tahun ni aku xde siapkan ape2 prezen tuk abg.. just small cheese cake je yg sempat aku buat.. Aku pun still dlm pantang lagi.. pantang berbaki 3 hari.. so hanya mampu buat simple cheese cake for my lovely hubby.. Ucapan utk abg " Selamat Hari Lahir Abg. Anne Sentiasa doakan abg dipanjangkan Umur, diberikan kesihatan utk mempimpin anne dan anak2.. Anne sentiasa doakan yg terbaik utk abg.. Anne syg abg.... Bila tgk gambar, dah besar rupanya family kita.. Abg dah ada geng laa.. hehehehe

Wednesday, November 16, 2011

Susu Ibu Sebatian Ajaib | iluvislam.com + discover the beauty of islam

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada Aku-lah tempat kembalimu." (Surah Luqman, ayat 14)

Air susu ibu ialah satu sebatian tiada tandingan yang diciptakan oleh Allah demi memenuhi keperluan nutrisi bayi dan melindunginya daripada sebarang jangkitan. Keseimbangan makanan berkhasiat dalam air susu ibu adalah pada kadar yang tepat dan bersesuaian dengan tubuh bayi yang belum matang.

Pada masa yang sama, air susu ibu juga kaya dengan nutrien yang mempercepat pertumbuhan sel-sel otak dan perkembangan sistem saraf. Makanan buatan untuk bayi yang disediakan dengan bantuan teknologi masa kini tidak dapat menggantikan makanan ajaib ini.

Memantapkan Sistem Imunisasi

Senarai manfaat air susu ibu kepada bayi bertambah setiap hari. Kajian menunjukkan bahawa bayi-bayi yang diberi minum air susu ibu terlindung daripada penyakit berkaitan sistem pernafasan dan penghadaman. Ini kerana antibodi-antibodi yang terdapat di dalam air susu ibu menyediakan satu perlindungan langsung daripada jangkitan. Sifat anti-infeksi lain air susu ibu adalah menyediakan satu persekitaran sesuai untuk bakteria "bermanfaat" yang dipanggil sebagai "flora normal" sekaligus menangkis serangan bakteria, virus dan parasit berbahaya. Tambahan pula, didapati bahawa terdapat beberapa unsur di dalam air susu ibu yang mengawal sistem imunisasi terhadap penyakit berjangkit dan membolehkannya berfungsi dengan lebih teratur.

Kaya Dengan Nutrisi

Oleh kerana air susu ibu telah direka secara khusus, ia merupakan makanan yang paling mudah dihadam oleh bayi. Selain kaya dengan nutrisi, ia juga mudah dihadam oleh sistem penghadaman bayi yang sensitif. Memandangkan bayi menggunakan sedikit sahaja tenaga untuk mencerna air susu ibu, maka tenaga selebihnya dapat disalurkan untuk fungsi tubuh yang lain, pertumbuhan dan perkembangan organ.

Air susu ibu yang mempunyai bayi pra-matang mengandungi tahap zat lemak, protein, natrium, klorida dan besi yang lebih tinggi untuk menampung keperluan bayi. Ianya telah dibuktikan bahawa fungsi mata bayi pra-matang yang diberi minum air susu ibu adalah lebih baik dan lebih cemerlang dalam ujian kecerdasan. Tambahan pula, mereka turut memiliki banyak kelebihan lain.

Omega-3

Kandungan minyak omega-3 asid alfa linoleat menjadikan air susu ibu penting untuk perkembangan bayi. Selain menjadi sebatian penting untuk otak dan retina manusia, ia juga amat mustahak bagi bayi-bayi yang baru dilahirkan. Omega-3 secara khusus penting sepanjang masa kehamilan dan peringkat awal usia bayi demi perkembangan otak dan saraf yang normal. Ramai saintis menegaskan kepentingan air susu ibu terutamanya sebagai satu sumber omega-3 semulajadi dan sempurna.

Mengurangkan Risiko Sakit Jantung

Selain daripada itu, kajian yang dilakukan oleh sekumpulan saintis Universiti Bristol, United Kingdom mendapati bahawa antara kebaikan jangka panjang air susu ibu adalah kesan positifnya terhadap tekanan darah, yang mana ia dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Kumpulan penyelidik tersebut menyimpulkan bahawa sifat perlindungan yang terdapat di dalam air susu ibu disebabkan oleh kandungan nutrisinya. Menurut hasil kajiannya yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Circulation, bayi yang diberi minum air susu ibu kurang berisiko menghidap penyakit jantung.

Kehadiran rantaian panjang asid lemak poli tidak tepu (polyunsaturated fatty acids) dalam air susu ibu (untuk mencegah pengerasan arteri) dan hakikat bahawa bayi yang diberi minum air susu ibu menggunakan sedikit natrium (berkait rapat dengan tekanan darah) serta tidak mengalami pertambahan berat badan berlebihan merupakan antara cara air susu ibu memberi manfaat kepada jantung.

Sebagai tambahan, satu pasukan diketuai oleh Dr. Lisa Martin, dari Pusat Perubatan Hospital Kanak-kanak Cincinnati di Amerika, telah menemui kadar kandungan hormon protein (adiponectin) yang tinggi dalam air susu ibu.

Kandungan adiponectin yang tinggi dalam darah dikaitkan dengan kurangnya risiko serangan jantung. Tahap adiponectin yang rendah ditemui pada orang yang mengalami kegemukan dan berisiko tinggi mengalami serangan penyakit jantung. Maka disepakati bahawa bayi yang diberi air susu ibu mempunyai risiko kegemukan yang rendah dengan kehadiran hormon ini.

Tambahan pula, mereka juga menemui sejenis hormon yang dipanggil sebagai leptin dalam air susu ibu yang mempunyai peranan utama dalam metabolisme lemak. Leptin dipercayai berfungsi menyampaikan isyarat kepada otak bahawa terdapat lemak pada tubuh. Berdasarkan pendedahan Dr. Martin, hormon-hormon yang diserap semasa peringkat bayi melalui air susu ibu dapat menurunkan risiko pelbagai penyakit seperti obesiti, diabetes tahap dua dan daya tahan insulin, serta penyakit jantung koronari.

Fakta tentang "Makanan Tersegar"

Fakta-fakta tentang air susu ibu tidak tamat di sini. Sumbangannya terhadap kesihatan bayi berkembang mengikut fasa pertumbuhan bayi dan kandungannya berubah demi memenuhi keperluan nutrisi bayi mengikut peringkat-peringkat tertentu. Unsur gula dan lemak dalam air susu ibu, yang sentiasa tersedia dan pada suhu yang sesuai, memainkan peranan penting dalam perkembangan otak. Tambahan pula, elemen lain seperti kalsium turut memberi sumbangan dalam perkembangan tulang-tulang bayi.

Meskipun dinamakan susu, namun sebahagian besar sebatian ajaib ini sebenarnya terdiri daripada air. Ini merupakan ciri terpenting kerana selain daripada makanan, bayi juga memerlukan cairan dalam bentuk air. Kebersihan sepenuhnya tidak mungkin didapati dalam air atau bahan makanan selain daripada air susu ibu. Namun air susu ibu yang merangkumi 90% air dan tidak kurang, memenuhi keperluan air bayi dalam cara yang paling bersih dan sihat.

Susu Ibu dan Kecerdasan

Kajian saintifik membuktikan bahawa pembangunan kognitif di kalangan bayi-bayi yang diberi air susu ibu adalah lebih hebat berbanding bayi lain. Satu analisis perbandingan berkaitan dengan bayi yang diberi air susu ibu dan bayi yang diberi susu formula oleh James W. Anderson—seorang pakar dari Universiti Kentucky—mendapati bahawa minda bayi yang diberi minum air susu ibu adalah lima kali lebih tinggi berbanding dengan bayi lain. Hasil daripada kajian ini, didapati bahawa kecerdasan diperoleh daripada air susu ibu sehingga enam bulan, dan bayi yang disusui kurang daripada lapan minggu tidak menunjukkan sebarang kesan dari segi kecerdasan minda.

Benarkah Air Susu Ibu Menentang Kanser?

Hasil daripada kesemua kajian yang dijalankan, terbukti bahawa air susu ibu, yang ratusan penulisan mengenainya telah diterbitkan, melindungi bayi daripada kanser. Hakikat ini telah diketahui meskipun mekanismenya belum difahami sepenuhnya. Sewaktu sebuah protein dari air susu ibu membunuh sel-sel tumor yang dibiakkan dalam makmal tanpa merosakkan sebarang sel sihat, para pengkaji menyatakan bahawa satu potensi yang hebat telah ditemui.

Catharina Svanborg, seorang profesor imunologi klinikal Universiti Lund di Sweden, ialah ketua kumpulan peneliti yang menemui rahsia ajaib air susu ibu ini. Pasukan tersebut menerangkan keupayaan air susu ibu dalam menyediakan perlindungan terhadap pelbagai bentuk kanser sebagai satu penemuan yang menakjubkan.

Pada mulanya, para peneliti mengkaji sel-sel lendir usus yang diambil daripada bayi-bayi yang bari dilahirkan dengan air susu ibu. Mereka mendapati bahawa penyakit pneumonia yang diakibatkan oleh bakteria Pneumococcus dapat dihentikan dengan berkesan oleh air susu ibu. Bahkan bayi yang diberi air susu ibu amat kurang mengalami masalah pendengaran berbanding bayi yang diberi minum susu formula dan risiko jangkitan penyakit pernafasan yang terlalu rendah.

Selepas beberapa siri penyelidikan, didapati bahawa air susu ibu juga memberi perlindungan terhadap kanser. Setelah menunjukkan bahawa kanser limfa di kalangan kanak-kanak yang diberi susu formula semasa fasa kanak-kanak berlaku sembilan kali ganda, mereka menyedari bahawa hasil yang sama juga berlaku untuk pelbagai jenis kanser yang lain.

Berdasarkan keputusan tersebut, air susu ibu berupaya mengenal pasti sel-sel kanser secara tepat lalu memusnahkannya. Zat bernama alpha-lac (alphalactalbumin) yang banyak di dalam air susu ibu menjejak dan membunuh sel-sel kanser. Alpha-lac dihasilkan oleh sejenis protein yang membantu pengeluaran gula laktosa dalam air susu ibu.

Rahmat Tiada Bandingan Ini adalah Satu Anugerah dari Allah

Satu lagi ciri menakjubkan air susu ibu adalah hakikat bahawa ia amat bermanfaat untuk diberi kepada bayi selama dua tahun terawal.

Maklumat penting yang hanya diketahui oleh sains baru-baru ini, telah dinyatakan oleh Allah 14 kurun yang lalu melalui ayat:

"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang menyempurnakan penyusuan itu; ..." (Surah Al-Baqarah, ayat 233)

Si ibu tidak merancang untuk menghasilkan air susu ibu, sumber khasiat terbaik untuk bayi tidak berdaya yang memerlukan makanan dalam kandungannya, serta tidak menentukan tahap pelbagai nutrisi di dalamnya. Allah Yang Maha Kuasa, Yang Maha Mengetahui keperluan setiap makhluk dan mengasihi mereka, Yang menciptakan air susu ibu untuk bayi di dalam tubuh si ibu.

- Artikel iluvislam.com


Sumber :Susu Ibu Sebatian Ajaib | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Friday, November 11, 2011

Give Away - Koleksi Resepi Nannie

Saja nk join GA nie..

http://resepinannie.blogspot.com/2011/11/giveaway-koleksi-resepi-nannie.html

Amir Haziq Shah



Amir Haziq Shah bin Amrul Shah nama yg tertulis dalam Birth Cert.. Nama Amir abah pilih, Nama Haziq mummy pilih.. Shah tu pulak mmg wajib ada utk anak lelaki ( kata abanya :D )

Haziq dilahirkan pada tanggal 13 Oct 2011 jam 1.41pm, setelah lebih 6 jam mummy bertarung dlm labor room.. kalau ikutkan Haziq kuar lebih dr tarikh.. tarikh doktor bagi 8 oct 2011.. Tapi Haziq nk duduk dlm perut mummy lama2, tu yg kuar lambat tu.. mummy punye la risau, sampai ajak abah g uptown shah alam, turun n naik bukit kt taman rakyat, basuh kete, sapu n mop umah hari2, dgn harapan haziq cepat kuar tpx kuar jugak.. hehehe.. x pe la, haziq suka duk dlm perut mummy..mummy pun suka haziq dlm perut, cuma x lrt je nk carry coz haziq aktif sgt dlm perut sampai senget2 perut mummy..

Masa haziq 8 bulan dlm perut mummy, mummy g wat detail scan haziq.. masa tu nmpk semua, jantung, salur drh n the best part is boy@ girl part... n doctor confirm he is a boy.. actually ni doktor ke 2 yg kata boy.. Alhamdulillah, bila keluar, mmg boy.. dpt juga abah anak lelak :).. Haziq dilahirkan dgn berat 2.9kg n tinggi 52cm.. syukur, haziq sihat coz doktor pnah ckp "ur baby size is small for 34 weeks age of pregnancy"...

Hari ni Haziq dah 30 hari.. Mummy pun dh 30 hari menyusukan haziq.. Moga mummmy berjaya menyusukan haziq dgn susu ibu selama 2 tahun mcm yg mummy buat utk kakak Aleesya.. mummy doakan Amir Haziq Shah menjadi anak yg soleh, dpt jaga kakak2 bila haziq besar nnt.. Mummy syg Haziq..

Friday, May 20, 2011

New Chapter


Kejap je dah bulan May. Aku pun dah resigned dr MSI. Makanya, Bulan May ni bermula la chapter baru dlm hidup aku.

1- Baby dlm rahimku dah 19 weeks. Sekejap je dah nak 5 month. Masa check up hari tu Dr. Scan.. dah nampak dah.. tp x tau la nak caya @ x.. Risau plak if terlalu berharap.. Ape pun, aku berdoa agar baby dlm rahimku selamat dilahirkan dan sihat walafiat. Moga Allah permudahkan segala urusan ku nanti.. yg bestnye, panggilan baby didalam rahimku bukanlan BABY ttp adik.. Ini semua gara2 Aleesya yg manja dgn panggilan baby. Jadinya, kna la panggil baby dlm perut ni adik.. hehehe ape ape je la aleesya...

2- Anne Cookielicious mula beroperasi. InsyaAllah, aku akan berusaha utk mempastikan biz ni maintain dan mendapat sambutan.. Thanks a lot to my hubbby...

Saturday, May 14, 2011

Give Away- Saya Suka Kuih


Salam..




My first try uttk give away.. Blog yg mmg ku sgt suka jenguk. kira xtvt wajib bila aku online..

Soklan knp suka mkn kuih ye?? hmm sbb best, simple n mengenyangkan :D harga yg sudah pastinya mampu dibeli setiap masa :)))


Leh ke jwp cam nie????? try test tenguk....

Monday, April 25, 2011

Cute Cookies for Kids



This almond cookies dedicated special for kids.. Cute kan?? My daughter Aleesya sgt lah suka cookies ni.. Biasanye mmg budak2 suka cookies nie.. Masa tgh dok terap2 cookies ni, habis kena kerumun ngan anak2 buah.. Masing2 dah "chop" pattern ape yg diorg nak.. Once baked, tak sempat nak deco, dah kena sebat dulu.. hehehe

Sunday, April 24, 2011

hujung minggu di tasik dedap


Xde angin, xde ribut, tetiba hubby ajak g umah azad. at first plan nk g umah is @perak.tp disbbkan is x de, kitorg pun g la tasik dedap. Saje melepak-lepaks kan diri kat sana. Duk tepi tasik... Sambil tu wat kuih apam dino lagi.. pas wat apam, layan maharaja lawak.. abis je, trus Zzzzzz.. hehehe. ni pun dh ngantuk.. nak tdo. sok pagi masak sardin je la. mls kot nk g kjesok.. yo la, dah ujung2 kan.. heheheeh.. ni la aksi aleesya @ tasik dedap..

Thursday, April 21, 2011

Terima Kasih

Hari ini dpt baby baru :).. Ms. Myvi SE white colour.. Tq sgt2 to Mr.Hubby. Cam x caye pun ade juga. Ye la, aku baru je notis, tup tup kuat keter.. hmm.. masak le nak membayo.. Dah la dgn Lappy baru + kete baru.. So kena la wat somtin kan.. Eventough aku bergelar FULL time house wife, aku x leh la kan nak dok diam2.. kena la wat somtin to gain income ;p .. Nak pegang duit sndri.. x moh la asik2 mr.hubby je yg kuar ..

So, 1st step dah ade. Tnggu 2nd step pulak. kali ni x moh main2 dah.. mesti buat sungguh.. kena put aside perasaan segan2 tu n mulut pun kna ringan skits..boleh kot..

Makanya, kena usaha dan jgn alpa.. cha yuk cha yuk... Moga ape yg dirancang berjalan lancar... Amin..

Monday, April 11, 2011

11.4.11

Pagi tadi masa dok initial borang staff nk g clinic, baru perasan, cantik date hari ni.. 11.4.11 .. tp xde ape2 yg menarik pun berlaku hari ni..

Cuma ade satu perkara yg agak melucukan terjadi masa aku keluar lunch dgn adik2 opis aku.. Disebabkan aku x tapau hari ni, aku pun g la kuar lunch ngan si Aina n Pija.. Aku tumpang kete Aina. Nak drive mmg tahap malas la.. Menu lunch ari ni, nasi berkuahkan lemak kuning bertemankan kan ikan bakar.. sblm sampai kedai. perut ni x de la lapa sgt coz dh mkn mee hun sup ayam as bfast.. ttp, setibanya di kedai n tgk lauk, perut trus bernyanyi2 riang.. hehe.. mmg best la mkn td..SO bila time balik, tiba2 t'dgr satu bunyik, bunyik cam kelepek2..ish.. apehal plak ni.. Aku dh len mcm, tp budak2 ni dok bantai gelak.. rupa2nye,getah kat tepi bumbung tu tercabut daa.. dh mcm kuda la pulak kete si aina ni.. imagune je la caner getah tu berterbang2 di tiup angin.. hhehe.. sampai kt opis kitorg dok bantai gelak.. ape pun, tq la aina bwk akak g mkn ari ni.. len kali leh tumpang lagi ye.. :)

Sunday, April 10, 2011

Hari Ahad

Wah.. KEjap je dh petang.. Sempat masak je hari ni. Plan nk g barang buat kuih pun x g beli.. huuhuh... Letih bdn nie.. Pagi bangun prepare bfast nasi goreng+nugget+crab stick cheese for my kbeloved family.. Then prepare for lunch meal.. Today cam rajin skit.. buat rendang ayam+sayur campur+tempe sweet sour.. tu yg letih agaknye..

LAgi bape hari je nk hanta notis.. X saba dah nak start wat biz sendiri.. Leh dok umah sambil monitor my kids.. Hopefully ape yg aku plan berjalan dgn lancar.. Baby dlm perut mummy, behave ok.. be strong cam Baby Aleesya.. Masa mengndungkan aleesya, aku mmg aktif.. hari2 buat roti.. oredr cheesecake n agar2 lapis mmg byk.. Alhadmulillah, rezeki :) ..hope this time pun cam dulu juga.. cuma preggy kali ni, akucepat letih.. maybe dah tuaskitkot.. hehehee.. k la.. menceceh pjg sgt aku nie.. stop dulu..

Tuesday, April 5, 2011

~~Semangat Baru~~

SALAM..

Sekejap je dah masuk bulan April. Yg paling aku x sangka, aku leh kje lagi kat situ.. Lagi 2 months, genap 1 year.. isk isk isk... Dlm nangis2, byk tragedi berlaku, aku still leh tahan.. Lama2 cam dah lali plak. Kje mmg syok, cuma org2 yg xde hati ni yg buat aku jd x aman. Ntah ape la yg aku buat sampai "org" tu busuk ati kena kan aku. Allah tu Maha Kaya.. Biarlah Dia balas segala perbuatan insan2 yg penuh dgn hasad dengki nie.

Skang ni, aku tgh semangat nak wat cookies... nak wat bisnes sendiri.. Thanks to my lovely hubby.. Support yg x pnah henti.. InsyaAllah, pasni anne akan berusaha bersungguh2.. Dah pindah umah baru, dpt dapur baru.. wahhh semangat semangat.. x saba rasenya nak mula operasi..

Ok la.. berenti kat sini dulu... Nak sambung asmara 2. layannnnn

Saturday, February 12, 2011

cinderILA: akak dh tua!!!~~


cinderILA: akak dh tua!!!~~: "today, 12th of February 2011 is my sister's 30th birthday!!! HAPPY BIRTHDAY AKAK!!! 생일죽하해요  언니!!!! CUTE X?? HIHIHI semoga kau bahagia s..."

Wednesday, February 9, 2011

Pening~~

CNY Holiday hari tu, kitorg balik Jeneri, kedah, Kg Tok Wan.. Sepanjang kat sana, aku rase pening2 loya.. isk.. tdo saje aku sepanjang perjalanan..

SO, balik dr Kedah, aku g clinic bawak aleesya coz dia selsema.. SO, aku pun amik la kesempatan tanya Dr. keadaan aku ni.. Dr, tanye la "Last period bila?" Aku pun jawap "Early Jan 2011" .. SO, doktor kata,"kita tunggu lagi 1 week".. sambil Dr bekalkan aku ubat pening.. Aku rase bdn aku cam lain mcm. Petang tu jugak aku g bli pregnancy test dan keputusannya +ve.. TP, aku x g check up ngan Dr lagi.. Ni tgh dok kira2 bila la nk g clinic coz Once aku preggy, aku kna g jumpa DrLimSS(doktor tiroid aku) .. dia kena monitor aku spjgn aku preggy.. aiyoo.. tiap2 bulan kena wat blood test!!!

Saturday, January 1, 2011

Salam Tahun Baru 2011.

Pejam celik dah masuk 2011.. rasenya mcm baru je aku sambut 2010... tup tup dah 2011... ish ish.. cepat btol masa ni berlalu..

2010: early 2010 aku still @ccmduopharma.
middle 2010 aku @MSI sb.. Alhamdulillah, after 6 months, aku leh serasi kan diri.. but aku still lookin a better job :p ..

hmm... 2011, ni nak pindah umah baru.. huhuhu.. ni yg paling aku x sabar.. This year juga plan nak ade org baru :) .. insyaAllah, kalau ade rezeki...AMIN.. Semoga tahun 2011 ni menjadi tahun yg amat bermakna dlm hidupku..
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers