Wednesday, October 17, 2012

RESEPI FOR MY BABY HAZIQ

Assalamualaikum..

Hari ni macam takde mood nak baking.. nak kemas umah pun mood xde.. Pagi ni hanta my Hubby Ke KLIA. En. suami ada conference di Hong Kong.. Cam sedih plak my cinta hati dah berangkat.. Tu yg mood semua lari tu~~

Melayan FB pagi ni, terjumpa la plak koleksi resepi utk baby.. Nampak cam menarik utk my Little Hero Amir Haziq Shah.. SO SU pun copy n paste resepi tu ke sini utk rujukan su pd masa akan dtg.. Mana la tau nnt bila Haziq dah ada adik.. x yah la sesusah nak cari  resepi.. SEdap x sedap, su x pasti sbb x cuba lagi ya :)

LASAGNA

homemade tomato sauce recipe:


1 cawan puree tomato (tomato buang biji, blend, masak atas api sampai masak)
2 oz carrot puree
1/2 batang celery (blend)
1/4 labu bawang holland (cincang halus)
3 ulas bawang putih (cincang halus)
Mixherb

tumis bawang dengan pure olive oil sehingga naik bau. masukkan celery, tomato, dan carrot. masak sehingga menggelegak. akhir sekali masukkan mixherb


white sauce: (sebenarnya sos super mac and cheese.)


sedikit bawang putih dan bawang holland cincang
1 sudu teh tepung atta
1 sudu teh unsalted butter
2 oz puree labu
cheddar chesse 2-3 sudu
air secukupnya

tumis bawang dengan unsalted butter sehingga wangi, masukkan tepung atta, kacau sehingga menjadi paste..lepas tu masukkan air perlahan-lahan sambil kacau supaya tidak beketul-ketul..air ikut kepekatan yang anda mahu. lepas tu, masukkan puree labu dan cheese..kacau sehingga cheese cair, tambah lagi air jika perlu.


grilled salmon:


salmon dibasuh dengan perahan limau nipis. bilas. perap salmon dengan halia dan serbuk lada hitam (boleh abaikan lada hitam kalau anak tak makan lagi) sikit..grilled atas pan dengan sedikit unsalted butter


instant lasagna sheet tu saya rendam air sejuk..dalam setengah jam..sampai agak lembut.

ambik ramekin sapu dalam ramekin dengan unsalted butter, kemudian letak selapis lasagna lapisan bawah sekali. letak homemade tomato sauce, dan carikkan isi salmon atas tomato sauce tu.

lapisan kedua. atas tomato sauce letak lagi selapis lasagna sheet, pastu sos putih super mac and cheese, tabus brokoli floret.

lapisan 3, ulang lapisan pertama tadi, dan tabur mozzarella cheese parut diatas. siap. bakar pada suhu 180 degree C selama 20- 30 minit. ikut saiz acuan dan oven masing-masing. cek-cek la sokmo. Hehe


CHEESY BANANACADO BREAD


cream cheese+banana+ avocado sapu pada roti ngap!


cheesy salmon with pumkin, tomato, and brokoli


bahan: bawang holland, bawang putih, tomato, labu, brokoli, salmon, cheddar cheese


tumis bawang ngan olive oil, campak tomato ngan labu. letak sedikit air. tunggu sehingga empuk, masukkan cheese. bila nak tutup masukkan floret brokoli. siap~

 Sup tofu


bawang putih, bawang merah (hiris)
sayur mayur (labu, tomato, brokoli)
daun sup
tofu
stock ayam

tumis bawang dengan sedikit olive oil, masukkan stock ayam, labu dan tomato. masak sehingga lembut. bila dah lembut masukkan brokoli, tofu dan daun sup. kacau kejap. sedia untuk dihidangkan.


Tomyam baby


ikan kod
1 batang serai
sehelai daun limau purut
lengkuas
halia
bawang merah
bawang putih
1oz puree tomato
sayuran (saya guna cendawan enoki, zucchini, celery, tomamto, dan brokoli)


rebus serai, lengkuas, halia, bawang sehingga menggegak, masukkan cendawan enoki, celery. zucchini, tomato dan daun lamau purut. bila dah hampir masak masukkan brokoli


Salmon Stew

bahan:
(2 kali makan)
1/4 isi salmon
1 ulas bawang putih
1/4 labu bawang besar holland
celery stick
brokoli
sehiris labu
1/2 biji tomato
italian mix herb
oil


cara:
1. tumis bawang dengan olive oil sehingga anik bau. masukkan salmon. balik2kan sehingga masak.


2, masukkan labu, celery stick, tomato, dan sedikit air. masak sehingga labu lembut dan kuah memekat.boleh lenyek2kan labu kalau nak kuah sup pekat dan manis. saya penyet 2.3 ketul labu. yang lain saya biar berketul.
3. sebelum masak masukkan brokoli dan iatalian mixherb. kacau-kacau sekejap. tutu api


Bihun kung fu

bahan-bahan:
segenggam bihun (dicelur sehingga masak)
sebiji telur
seulas bawang putih
tomato
brokoli
puree jagung (saya buat creamy stail..separuh blend hancur, separuh saya cincang)
carrot
celery stick
homemade stock ayam (if xde, boleh letak isi ayam lepas tumis bawang and letak air biasa jer)

campur telur ngan bihun, letak minyak sikit atas non stick pan, goreng sehingga masak.
untuk kuah:
tumis bawang dengan olive oil sehingga wangi, masukkan stock ayam dan sedikit air, lepas tu masukkan sayuran ikut mana yang paling lambat masak. mula-mula carrot, pastu jagung, celery, tomato, akhir sekali brokoli


homemade sos tomato

bahan:

tomato
bawang besar
bawang putih
serbuk jintan manis dan jintan putih
unsalted butter

1. belah tomato, buang biji, blend bersama bawang putih dan bawang besar.
2. panaskan periuk masukkan butter dan bahan diblend dan serbuk jintan secubit. masak selama mana yang anda mahu. huhu. sos tomato makin lama masak makin sedap. kalau kering tambah air.

resepi bolognese sos guna tomato sos ni,

sedikit olive oil
isi ayam cincang
sos tomato (homemade)
carrot (blend/cincang)
batang saderi(blend/cincang)
italian mixherb
cheese

1. masak isi ayam dengan sedikit olive oil sampai masak, masukkan sos tomato, carrot dan saderi yang diblend tadi. masak sehingga pekat, masukkan mixherb dan sedikit cheese


Prawn olio

sedikit bawang holland (cincang)
bawang putih (cincang)
capsicum (saya bakar dulu atas api, buang kulit, cincang)
carrot (parut)
tomato
brokoli ambik floret sahaja
2 ekor udang
italian mix herb
cendawan

tumis bawang dengan olive oi. masukkan udang. kacau sehingga udang masak, keluarkan. cincang. masukkan capcicum, tomato, carrot dan cendawan. masukkan sedikit air. masak sehingga sayur lembut. maukkan italian her, udang cincang tadi dan brokoli floret..siap untuk dihidang

eggless oat puding

1/8 cup rolled oat
1/8 yogurt
3/8 air
buah2..(saya guna kiwi+strawberry)


Trio fruits crumble.

bahan-bahan: (2 kali makan)


satu biji epal, black plum, pear (dipotong dadu)
2-3 sudu teh unsalted butter
2 sudu besar tepung atta (kalau takde tepung gandum pon boleh)
1 sudu besar oat (saya guna organic rolled oat instant jenama anzen)
secubit serbuk kulit kayu manis


cara nya:


panaskan oven pada suhu 180 degree C.
gaul buah-buah pilihan anda dengan serbuk kulit kayu manis, pastu isi dalam ramekin (or bekas yang tahan bakar)
ramas butter dengan oat dengan tepung sehingga menjadi crumble. tabur atas buah dalam ramekin tadi. jangan ditekan-tekan. biarkan bertaburan. bila dah cantik begitu (cantik keee?) masukkan dalam oven. ummi bakar lama jugak. 30-45 minit. atas oven kut. biar atas tu keperangan..kene lama-lama sebab nak bagi buah kat dalam tu keluarkan air dia. bercampur ngan serbuk cinnamon yang kita gaul tadi. wuhhh..tak payah gula dah teramat sedap dah. natural manis gitu. anak suka ibu setuju. heheh



resepi meat ball

 •3 sudu breadcrumb (saya bakar roti sampai keras, pastu blend kasar)
•1/8 cwan yogurt (resepi asal guna susu)
•2 ulas bawang merah cincang halus
•1 ulas kecik bawang putih cincang halus (yang ni saya tambah)
•200 g daging cincang
•1/2 biji telur
•a dash of serbuk lada sulah (kalau baby xmakan pedas xpayah letak..resepi asal guna allspice tapi saya xde)
•1/8 teaspoon ground nutmeg(tak de tak payah letak)
•1/2 cawan carrot (tambah sayur bantu meatball kekal bentu. tambah nutrisi jugak)
1)rendam breadcrumb dalam yogurt lepas tu campur semua bahan..bentukkan bulat-bulat. simpan dalam freezer untuk kekalkan bentuk dia

bahan untuk kuah:

•2 sudu besar minyak (saya campur olive oil 1 sudu, unsalted butter 1 sudu)
•1 sudu besar tepung atta
•2 oz homemade stock (bagus kalau ade daging, tapi saya guna ayam jer sebab ayam jer ade)
•cheddar cheese
panaskan non stick pan masukkan minyak. masak meat ball sehungga perang. golek-golekkan supaya masak sekata. bila dah masak, keluarkan meat ball dan buang sedikit minya sehingga tinggal satu sudu jer. dalam oan yang sama, masukkan tepung attar dan kacau sehingga menjadi paste macam peanut butter. masukkan stock ayam sedikit demi sedikit dan sentiasa kalau supaya tak berketul..masukkan air sedikit demi sedikit sehingga kepekatan yang kita mahu..masukkancheddar cheese, kacau sehingga semua cair


bubur ayam mc maryam

bahan-bahan:

 3 sudu beras (campur beras prang dan beras wangi)
air sangat banyak(saya banyak kali tambah air sebab nak bagi semua nasi betul-betul hancur dan lembut)
3 oz homemade stock ayam (resepi sini)
1/2 ketul peha ayam
1 hiris labu dipotong dadu
bawang merah (goreng dengan minyak canola oil)
hirisan daun sup


campak beras, stock ayam, peha ayam dan air dalam periuk, masak sampai betul-betul lembut. bila dah hampir masak campak labu. bila labu lembut tutp api. siap!


senangkan?? hehe..stock ayam tu dah sedap..so tak tumis letak bawang pon tak ape..kalau nak tambah pon boleh.


Bubur lemak bayam

daun bayam merah (ambik daun jer..hiris halus)
1 sudu teh ikan bilis sangai blend (ikan bilis halus, xbuang pape, rendam 2-3 jam..keringkan, sangai tanpa minyak sampai garing. pastu blend)
1 ulas bawang merah(hiris)
1 ulas bawang putih(hiris)
2 biji lada hitam ketuk (kalau baby tak makan lagi jangan letak)
2-3 sudu besar santan
4 sudu besar beras (beras wangi+beras perang)


cara dia sangat senang. hehe..campak jer semua bahan dengan 2-3 cawan air (ikut nak lembik mana bubur tu) kecuali daub bayam. bila nasi dah bertukar jadi bubur, masukkan bayam, kacau-kacau sikit. tutup api.


Bubur

 bahan-bahan:
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
5-6 ekor ikan bilis (direndam nak hilangkan masin)-di cincang halus
2 pokok kangkung
sedikit hirisan carrot
4 sudu besar beras (campo 2 sudu beras perang, 2 sudu beras wangi)
2 mug air (lebih kurang. kalau nak lagi cair tambah lagi air)


cara:


1. tumis bawang merah, bawang putih dan ikan bilis dengan olive oil sehingga wangi.
2. masukkan 4 sudu beras dan 2 mug air.
3. bila beras hampir masak, masukkan carrot dan akhir sekali baru masukkan kangkung.


bubur breas perang bersama tofu, labu dan sawi

3 sudu besar beras perang
olive oil
1/2 ulas bawangmerah
seulas bawang putih
labu
sawi (saya ambik daun jer)
tofu

tumis bawang, masukkan beras dan air (dalam 2 cawan air). bila dah hampir masak masukkan labu. bila nak tutup api masukkan sawi dan tofu. boleh bagi kasi baby 8 bulan keatas bila dia dah makan tofu. SINI



Eggless fruity yogurt fruit pudding
bahan-bahan:

3 sudu yogurt
1/2 biji pisang (boleh ganti ngan buah manis lain untuk seimbangkan rasa masam yogurt)
2 biji dried peach
roti
unsalted butter

1. lenyek yogurt dan buah-buah sehingga sebati.


2.eh..baby dah boleh makan dah sebenarnya macam ni. hehe. bila dah lenyek sebati, masukkan butter. kacau lagi sehingga sebati.


3. masukkan roti secukupnya. rendam dalam setengah jam

4. masukkan dalam bekas , bakar dengan suhu 175 dgree c. dalam 20-setengah jam.

important note: Heating yogurt to high temperatures destroys the beneficial cultures. If the temperature is higher than 120° F, as it is in baking, the live active cultures will not survive, but the yogurt will still provide valuable nutrients such as calcium and protein.

  
Lempeng labu beryogurt

bahan-bahan:

4 sudu besar labu steam dilenyek
7 biji raisin
sedikit puree kurma
sedikit unsalted butter (dalam1/2 sudu teh)
setengah biji telur (boleh baca kat SINI pasal perkenalkan baby telur)
3 sudu teh yogurt
(nak perkenalkan yogurt pasal baby boleh baca kat sini)
1-2 sudu besar tepung gandum. (bergantung nak lembut ke keras, i letak satu sudu jer)

Saturday, October 13, 2012

HAPPY 1ST BIRTHDAY AMIR HAZIQ SHAH

Tanggal 13 Oct setahun yg lepas, Allah telah kurniakan kami seorang bayi lelaki yg sihat. Seorang bayi lelaki yg dpt menjadi wali kpd saudara2 perempuannya. Kehadirannya mmg telah lama kami nantikan.Hari ni, bayi lelaki ini sudah boleh berjalan, berlari dan sudah ada 8 batang gigi.. Bayi lelaki yang menjadi penambah seri dlm rumah tangga kami telah membesar dgn sihatnya .Amir Haziq Shah, Mummy dan abah doakan agar Haziq sentiasa sihat, menjadi Hamba Allah & anak yg soleh.Mummy harap Haziq dpt menjadi pelindung kpd kakak2 haziq bila haziq besar nanti.Haziq, kamulah harta mummy yg paling berharga. Mummy ♥ Amir Haziq Shah .Ya Allah, kau kuatkan lah hati ini, kau berikanlah kesihatan pd diri ini, utk membimbing anak ku sebagai khalifah di muka bumi ini. Ya Allah, kau lindungilah anakku dr segala anasir2 yg tidak baik.Semoga anak ku membesar sbg hamba Mu yg soleh . Aminn “SELAMAT HARI LAHIR YG PERTAMA AMIR HAZIQ SHAH”

Tuesday, April 24, 2012

Bulan April dah nak ke penghujung....



Pantas betul amsa berlalu.. sedar x sedar, dah nak abis bulan April.. Haziq pun dah 6 bulan lebih.. Alhamdulillah, Haziq dah ada 6 batang gigi... memula kuar 1 gigi masa haziq 3 bulan.. pastu kuar lagi satu.. bila masuk 6 bulan, kuar gigi ketiga..pas tu mummy check bebetul, bukan kuar gigi ketiga, tp gigi ke4, kelima dan juga keenam.. isk isk.. abis la kalsium mummy dik.. Tadi masa kat umah mak, haziq buat rumah (tanda2 awal nak merangkak),pastu mulut dia bebel2 sambil buat rumah.. tup tup, haziq angkat tgn then kaki..

Wah... tahniah Amir Haziq Shah.. Anda telah melangkah ke perkara baru... merangkak.. mmg confirm la mummy pasti lagi slim coz kna keja awak je lps nie.. awak baru pandai mara ni pun mummy dah letih... dah meRangkak nnt lagi lah.. tu blom citer keja awak yg berlari pantas dlm walker.. hihi.. sweet sgt layan awak..

Mummy seronok layan amir haziq shah.. the one n only prince dlm hidup mummy.. amir yg murah dgn senyuman, yg suka menyondol2 bila nk tdo..

Amir Haziq Shah, Mummy doakan adik menjadi anak yg soleh.. dpt mendokan mummy n abah bila kami dah tiada nnt.. Haziq kena jaga kakak2 haziq tau!



Aleesya pulak lain ragam nye skang.. byk btol songeh nya.. tp boleh harap bila minta tlg jaga Haziq.. syg btol dia dgn haziq.. bangun tdo je, mesti cari haziq dulu.. Syukur sgt coz aleesya mudah dpt apabila diajar.. dh mula kenal ABC, baca iqra' n count 123... cuma dia x leh nak fokus la bila blaja.. main2 je.. so, kena la mummy saba bebyk..

Nurin plak dah form 1 n min pun dah darjah 4... dah besar pun diorg.. bleh la tolong2 wat kje umah.. (^o^)

Anne Cookielicious pun dah ok.. ada je tempahan.. Alhamdulillah atas rezeki yg diberikan olehMu Ya Allah..

Ni mood tgh rajin nk uplod gambo.. layan je la gamba2 masa family outing ke Taman Botani Putrajaya...





Sunday, February 5, 2012

Alhamdulillah...


Sedar x sedar dah masuk bulan Feb pd tahun 2012.. Lama dh aku x update blog peribadi ni.. Mcm x sempat nk update.. Bz semcm je.. Hehe..

Amir Haziq Shah pun dah nk masuk 4bulan.. 1st meniarap a day b4 cukur jambul.. Ni pun dh tumbuh gigi, tp sebatang je.. Berat pun leh tahan.. Almost 8kilos hero mummy ni. Kalah aleesya..

InsyaAllah, 16 feb ni akan ke kuching.. Jalan2 cari mkn.. :) semoga selamat lah perjalanan kami nnt....
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers