Assalamualaikum..
Hari ni macam takde mood nak baking.. nak kemas umah pun mood xde.. Pagi ni hanta my Hubby Ke KLIA. En. suami ada conference di Hong Kong.. Cam sedih plak my cinta hati dah berangkat.. Tu yg mood semua lari tu~~
Melayan FB pagi ni, terjumpa la plak koleksi resepi utk baby.. Nampak cam menarik utk my Little Hero Amir Haziq Shah.. SO SU pun copy n paste resepi tu ke sini utk rujukan su pd masa akan dtg.. Mana la tau nnt bila Haziq dah ada adik.. x yah la sesusah nak cari resepi.. SEdap x sedap, su x pasti sbb x cuba lagi ya :)
LASAGNA
homemade tomato sauce recipe:
1 cawan puree tomato (tomato buang biji, blend, masak atas api sampai masak)
2 oz carrot puree
1/2 batang celery (blend)
1/4 labu bawang holland (cincang halus)
3 ulas bawang putih (cincang halus)
Mixherb
tumis bawang dengan pure olive oil sehingga naik bau. masukkan
celery, tomato, dan carrot. masak sehingga menggelegak. akhir sekali
masukkan mixherb
white sauce: (sebenarnya sos super mac and cheese.)
sedikit bawang putih dan bawang holland cincang
1 sudu teh tepung atta
1 sudu teh unsalted butter
2 oz puree labu
cheddar chesse 2-3 sudu
air secukupnya
tumis bawang dengan unsalted butter sehingga wangi, masukkan tepung
atta, kacau sehingga menjadi paste..lepas tu masukkan air perlahan-lahan
sambil kacau supaya tidak beketul-ketul..air ikut kepekatan yang anda
mahu. lepas tu, masukkan puree labu dan cheese..kacau sehingga cheese
cair, tambah lagi air jika perlu.
grilled salmon:
salmon dibasuh dengan perahan limau nipis. bilas. perap salmon dengan
halia dan serbuk lada hitam (boleh abaikan lada hitam kalau anak tak
makan lagi) sikit..grilled atas pan dengan sedikit unsalted butter
instant lasagna sheet tu saya rendam air sejuk..dalam setengah jam..sampai agak lembut.
ambik ramekin sapu dalam ramekin dengan unsalted butter, kemudian
letak selapis lasagna lapisan bawah sekali. letak homemade tomato sauce,
dan carikkan isi salmon atas tomato sauce tu.
lapisan kedua. atas tomato sauce letak lagi selapis lasagna sheet, pastu sos putih super mac and cheese, tabus brokoli floret.
lapisan 3, ulang lapisan pertama tadi, dan tabur mozzarella cheese
parut diatas. siap. bakar pada suhu 180 degree C selama 20- 30 minit.
ikut saiz acuan dan oven masing-masing. cek-cek la sokmo. Hehe
CHEESY BANANACADO BREAD
cream cheese+banana+ avocado sapu pada roti ngap!
cheesy salmon with pumkin, tomato, and brokoli
bahan: bawang holland, bawang putih, tomato, labu, brokoli, salmon, cheddar cheese
tumis bawang ngan olive oil, campak tomato ngan labu. letak sedikit
air. tunggu sehingga empuk, masukkan cheese. bila nak tutup masukkan
floret brokoli. siap~
Sup tofu
bawang putih, bawang merah (hiris)
sayur mayur (labu, tomato, brokoli)
daun sup
tofu
stock ayam
tumis bawang dengan sedikit olive oil, masukkan stock ayam, labu dan
tomato. masak sehingga lembut. bila dah lembut masukkan brokoli, tofu
dan daun sup. kacau kejap. sedia untuk dihidangkan.
Tomyam baby
ikan kod
1 batang serai
sehelai daun limau purut
lengkuas
halia
bawang merah
bawang putih
1oz puree tomato
sayuran (saya guna cendawan enoki, zucchini, celery, tomamto, dan brokoli)
rebus serai, lengkuas, halia, bawang sehingga menggegak, masukkan
cendawan enoki, celery. zucchini, tomato dan daun lamau purut. bila dah
hampir masak masukkan brokoli
Salmon Stew
bahan:
(2 kali makan)
1/4 isi salmon
1 ulas bawang putih
1/4 labu bawang besar holland
celery stick
brokoli
sehiris labu
1/2 biji tomato
italian mix herb
oil
cara:
1. tumis bawang dengan olive oil sehingga anik bau. masukkan salmon. balik2kan sehingga masak.
2, masukkan labu, celery stick, tomato, dan sedikit air. masak
sehingga labu lembut dan kuah memekat.boleh lenyek2kan labu kalau nak
kuah sup pekat dan manis. saya penyet 2.3 ketul labu. yang lain saya
biar berketul.
3. sebelum masak masukkan brokoli dan iatalian mixherb. kacau-kacau sekejap. tutu api
Bihun kung fu
bahan-bahan:
segenggam bihun (dicelur sehingga masak)
sebiji telur
seulas bawang putih
tomato
brokoli
puree jagung (saya buat creamy stail..separuh blend hancur, separuh saya cincang)
carrot
celery stick
homemade stock ayam (if xde, boleh letak isi ayam lepas tumis bawang and letak air biasa jer)
campur telur ngan bihun, letak minyak sikit atas non stick pan, goreng sehingga masak.
untuk kuah:
tumis bawang dengan olive oil sehingga wangi, masukkan stock ayam dan
sedikit air, lepas tu masukkan sayuran ikut mana yang paling lambat
masak. mula-mula carrot, pastu jagung, celery, tomato, akhir sekali
brokoli
homemade sos tomato
bahan:
tomato
bawang besar
bawang putih
serbuk jintan manis dan jintan putih
unsalted butter
1. belah tomato, buang biji, blend bersama bawang putih dan bawang besar.
2. panaskan periuk masukkan butter dan bahan diblend dan serbuk
jintan secubit. masak selama mana yang anda mahu. huhu. sos tomato makin
lama masak makin sedap. kalau kering tambah air.
resepi bolognese sos guna tomato sos ni,
sedikit olive oil
isi ayam cincang
sos tomato (homemade)
carrot (blend/cincang)
batang saderi(blend/cincang)
italian mixherb
cheese
1. masak isi ayam dengan sedikit olive oil sampai masak, masukkan sos
tomato, carrot dan saderi yang diblend tadi. masak sehingga pekat,
masukkan mixherb dan sedikit cheese
Prawn olio
sedikit bawang holland (cincang)
bawang putih (cincang)
capsicum (saya bakar dulu atas api, buang kulit, cincang)
carrot (parut)
tomato
brokoli ambik floret sahaja
2 ekor udang
italian mix herb
cendawan
tumis bawang dengan olive oi. masukkan udang. kacau sehingga udang
masak, keluarkan. cincang. masukkan capcicum, tomato, carrot dan
cendawan. masukkan sedikit air. masak sehingga sayur lembut. maukkan
italian her, udang cincang tadi dan brokoli floret..siap untuk dihidang
eggless oat puding
1/8 cup rolled oat
1/8 yogurt
3/8 air
buah2..(saya guna kiwi+strawberry)
Trio fruits crumble.
bahan-bahan: (2 kali makan)
satu biji epal, black plum, pear (dipotong dadu)
2-3 sudu teh unsalted butter
2 sudu besar tepung atta (kalau takde tepung gandum pon boleh)
1 sudu besar oat (saya guna organic rolled oat instant jenama anzen)
secubit serbuk kulit kayu manis
cara nya:
panaskan oven pada suhu 180 degree C.
gaul buah-buah pilihan anda dengan serbuk kulit kayu manis, pastu isi dalam ramekin (or bekas yang tahan bakar)
ramas butter dengan oat dengan tepung sehingga menjadi crumble. tabur
atas buah dalam ramekin tadi. jangan ditekan-tekan. biarkan bertaburan.
bila dah cantik begitu (cantik keee?) masukkan dalam oven. ummi bakar
lama jugak. 30-45 minit. atas oven kut. biar atas tu keperangan..kene
lama-lama sebab nak bagi buah kat dalam tu keluarkan air dia. bercampur
ngan serbuk cinnamon yang kita gaul tadi. wuhhh..tak payah gula dah
teramat sedap dah. natural manis gitu. anak suka ibu setuju. heheh
resepi meat ball
•3 sudu breadcrumb (saya bakar roti sampai keras, pastu blend kasar)
•1/8 cwan yogurt (resepi asal guna susu)
•2 ulas bawang merah cincang halus
•1 ulas kecik bawang putih cincang halus (yang ni saya tambah)
•200 g daging cincang
•1/2 biji telur
•a dash of serbuk lada sulah (kalau baby xmakan pedas xpayah letak..resepi asal guna allspice tapi saya xde)
•1/8 teaspoon ground nutmeg(tak de tak payah letak)
•1/2 cawan carrot (tambah sayur bantu meatball kekal bentu. tambah nutrisi jugak)
1)rendam breadcrumb dalam yogurt lepas tu campur semua
bahan..bentukkan bulat-bulat. simpan dalam freezer untuk kekalkan bentuk
dia
bahan untuk kuah:
•2 sudu besar minyak (saya campur olive oil 1 sudu, unsalted butter 1 sudu)
•1 sudu besar tepung atta
•2 oz homemade stock (bagus kalau ade daging, tapi saya guna ayam jer sebab ayam jer ade)
•cheddar cheese
panaskan non stick pan masukkan minyak. masak meat ball sehungga
perang. golek-golekkan supaya masak sekata. bila dah masak, keluarkan
meat ball dan buang sedikit minya sehingga tinggal satu sudu jer. dalam
oan yang sama, masukkan tepung attar dan kacau sehingga menjadi paste
macam peanut butter. masukkan stock ayam sedikit demi sedikit dan
sentiasa kalau supaya tak berketul..masukkan air sedikit demi sedikit
sehingga kepekatan yang kita mahu..masukkancheddar cheese, kacau
sehingga semua cair
bubur ayam mc maryam
bahan-bahan:
3 sudu beras (campur beras prang dan beras wangi)
air sangat banyak(saya banyak kali tambah air sebab nak bagi semua nasi betul-betul hancur dan lembut)
3 oz homemade stock ayam (resepi sini)
1/2 ketul peha ayam
1 hiris labu dipotong dadu
bawang merah (goreng dengan minyak canola oil)
hirisan daun sup
campak beras, stock ayam, peha ayam dan air dalam periuk, masak
sampai betul-betul lembut. bila dah hampir masak campak labu. bila labu
lembut tutp api. siap!
senangkan?? hehe..stock ayam tu dah sedap..so tak tumis letak bawang pon tak ape..kalau nak tambah pon boleh.
Bubur lemak bayam
daun bayam merah (ambik daun jer..hiris halus)
1 sudu teh ikan bilis sangai blend (ikan bilis halus, xbuang pape,
rendam 2-3 jam..keringkan, sangai tanpa minyak sampai garing. pastu
blend)
1 ulas bawang merah(hiris)
1 ulas bawang putih(hiris)
2 biji lada hitam ketuk (kalau baby tak makan lagi jangan letak)
2-3 sudu besar santan
4 sudu besar beras (beras wangi+beras perang)
cara dia sangat senang. hehe..campak jer semua bahan dengan 2-3 cawan
air (ikut nak lembik mana bubur tu) kecuali daub bayam. bila nasi dah
bertukar jadi bubur, masukkan bayam, kacau-kacau sikit. tutup api.
Bubur
bahan-bahan:
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
5-6 ekor ikan bilis (direndam nak hilangkan masin)-di cincang halus
2 pokok kangkung
sedikit hirisan carrot
4 sudu besar beras (campo 2 sudu beras perang, 2 sudu beras wangi)
2 mug air (lebih kurang. kalau nak lagi cair tambah lagi air)
cara:
1. tumis bawang merah, bawang putih dan ikan bilis dengan olive oil sehingga wangi.
2. masukkan 4 sudu beras dan 2 mug air.
3. bila beras hampir masak, masukkan carrot dan akhir sekali baru masukkan kangkung.
bubur breas perang bersama tofu, labu dan sawi
3 sudu besar beras perang
olive oil
1/2 ulas bawangmerah
seulas bawang putih
labu
sawi (saya ambik daun jer)
tofu
tumis bawang, masukkan beras dan air (dalam 2 cawan air). bila dah
hampir masak masukkan labu. bila nak tutup api masukkan sawi dan tofu.
boleh bagi kasi baby 8 bulan keatas bila dia dah makan tofu. SINI
Eggless fruity yogurt fruit pudding
bahan-bahan:
3 sudu yogurt
1/2 biji pisang (boleh ganti ngan buah manis lain untuk seimbangkan rasa masam yogurt)
2 biji dried peach
roti
unsalted butter
1. lenyek yogurt dan buah-buah sehingga sebati.
2.eh..baby dah boleh makan dah sebenarnya macam ni. hehe. bila dah lenyek sebati, masukkan butter. kacau lagi sehingga sebati.
3. masukkan roti secukupnya. rendam dalam setengah jam
4. masukkan dalam bekas , bakar dengan suhu 175 dgree c. dalam 20-setengah jam.
important note: Heating yogurt to high temperatures destroys the
beneficial cultures. If the temperature is higher than 120° F, as it is
in baking, the live active cultures will not survive, but the yogurt
will still provide valuable nutrients such as calcium and protein.
Lempeng labu beryogurt
bahan-bahan:
4 sudu besar labu steam dilenyek
7 biji raisin
sedikit puree kurma
sedikit unsalted butter (dalam1/2 sudu teh)
setengah biji telur (boleh baca kat SINI pasal perkenalkan baby telur)
3 sudu teh yogurt
(nak perkenalkan yogurt pasal baby boleh baca kat sini)
1-2 sudu besar tepung gandum. (bergantung nak lembut ke keras, i letak satu sudu jer)
Wednesday, October 17, 2012
Saturday, October 13, 2012
HAPPY 1ST BIRTHDAY AMIR HAZIQ SHAH
Tanggal 13 Oct setahun yg lepas, Allah telah kurniakan kami seorang bayi lelaki yg sihat. Seorang bayi lelaki yg dpt menjadi wali kpd saudara2 perempuannya. Kehadirannya mmg telah lama kami nantikan.Hari ni, bayi lelaki ini sudah boleh berjalan, berlari dan sudah ada 8 batang gigi.. Bayi lelaki yang menjadi penambah seri dlm rumah tangga kami telah membesar dgn sihatnya .Amir Haziq Shah, Mummy dan abah doakan agar Haziq sentiasa sihat, menjadi Hamba Allah & anak yg soleh.Mummy harap Haziq dpt menjadi pelindung kpd kakak2 haziq bila haziq besar nanti.Haziq, kamulah harta mummy yg paling berharga. Mummy ♥ Amir Haziq Shah .Ya Allah, kau kuatkan lah hati ini, kau berikanlah kesihatan pd diri ini, utk membimbing anak ku sebagai khalifah di muka bumi ini. Ya Allah, kau lindungilah anakku dr segala anasir2 yg tidak baik.Semoga anak ku membesar sbg hamba Mu yg soleh . Aminn “SELAMAT HARI LAHIR YG PERTAMA AMIR HAZIQ SHAH”
Subscribe to:
Posts (Atom)